headerphoto

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit Kepayang telah dibina pada tahun 1973 di kawasan seluas 15 ekar. Sekolah ini adalah yang tertua di dalam Gugusan Bera. Kedudukan sekolah ini ialah 37 kilometer dari bandar Triang dan 65 kilometer dari bandar Temerloh. Hampir 99.9 % pelajar adalah berbangsa Melayu dan dianggarkan 90 % penduduk di sini adalah peneroka kelapa sawit. Selebihnya bekerja kilang, guru dan sebagainya. Sekolah ini mempunyai bekalan elektrik, air, telefon, jalanraya dan kemudahan kesihatan. Antara tahun 1980-1990 bilangan pelajar sekolah ini mencapai angka 800 – 900 orang pelajar. Tahun 2008 pelajar sekolah ini hanya seramai 267 orang sahaja.

Hingga kini 7 orang Guru Besar telah menerajui sekolah ini :

  1. En. Abu Hashim b. Endut (1973-1979)
  2. En. Karim b. Jusoh (1979-1983)
  3. Tuan Hj. Ramli Ismail (1983-1987)
  4. Tuan Hj. Harun Hj. Abdul Rahman (1987- 1989)
  5. En. Ibrahim Hj, Kilau ( 1989-1994)
  6. Tuan Hj. Abdullah Habib b. Syafie ( 1994- Mac 1995)
  7. Pn. Che Fatimah Ismail ( Mac 1995-2001)
  8. En.Mohd Sufian b. Mohd Yunus ( 2001-2001)
  9. En. Sahril b Othman ( 2001-2002)
  10. En. Anuar b. Idris ( 2002 – kini)

Prasarana Sekolah

Bangunan sekolah ini terdiri daripada 9 buah blok bangunan iaitu sebuah blok makmal komputer, sebuah blok bangunan untuk prasekolah, sebuah surau, sebuah kantin, sebuah blok pentadbiran meliputi pejabat, bilik guru, bilik gerakan, bilik pemulihan dan surau. Bangunan kelas terbahagi kepada dua buah bangunan iaitu sebuah bangunan di bahagian bawah dikhususkan untuk darjah 6, manakala bangunan tiga tingkat khusus untuk kelas 1-5 yang mengandungi bilik etems, makmal sains, bilik kemahiran hidup, stor spbt, kedai buku dan bilik kaunseling.

Sekolah ini juga memiliki kemudahan pusat sumber dan bilik j-QAF. Antara kemudahan yang lain ialah sebuah dataran perhimpunan, sebuah padang bola sepak dan sebuah padang bola jaring. Sekolah ini juga memiliki sebuah dewan pelbagai guna. Tempat letak kereta terbahagi kepada dua iaitu bahagian bawah dan bahagian atas. Manakala sebuah tapak perkhemahan pelbagai guna sedang diusahakan.

Rumah guru terletak bersebelahan sekolah yang mengandungi sebuah rumah guru besar dan 11 rumah guru termasuk 2 unit rumah papan.

Visi & Misi Sekolah

Visi Sekolah
Mempertingkatkan pencapaian kurikulum dan juga ko-kurikulum sekolah agar menjadi sebuah sekolah yang produktif, efisen dan futuristik di daerah Bera di samping melahirkan pelajar yang berdisiplin, berharmoni, bersikap murni, mencintai kebersihan dan mematuhi ajaran agama

Misi Sekolah
Bersama memperbaiki dan memantapkan kecemerlangan pelajar dalam akademik, ko-kurikulum dan sahsiah sebagai persediaan menghadapi cabaran dan persaingan, merebut peluang mencapai impian, meraih kejayaan dan memperolehi kesejahteraan

Matlamat Sekolah

Maka Menjadi Matlamat SK LKTP Bukit Kepayang untuk :

  • Mengangkat dan memartabatkan pendidikan SKBK setanding dengan sekolah-sekolah lain di Negeri Pahang khasnya sebagai sekolah yang produktif dan unggul di dunia pendidikan.
  • Menggunakan PKKP dan SKM Daerah Bera 2008 untuk meningkatkan prestasi akademik SKBK sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Membentuk satu pengurusan yang cekap dan menyeluruh melibatkan penglibatan semua pihak dan diuruskan secara professional serta mempunyai target yang standard dan praktikal.
  • Meningkatkan prestasi pencapaian UPSR dan berupaya menghasilkan keputusan cemerlang untuk murid bersaing di peringkat yang lebih tinggi dan melahirkan “Knowledge Workers” di pasaran kerjaya.
  • Melahirkan lebih ramai pelajar aliran sains selaras dengan kehendak Wawasan 2020.

Objektif Sekolah

Maka Menjadi Objektif SK LKTP Bukit Kepayang untuk :

  • Mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR seperti kehendak PKKP dan SKM Daerah Bera 2008.
  • Melahirkan ramai murid berjaya ke asrama penuh dan memasuki pusat pengajian tinggi.
  • Membasmi dan mengurangkan masalah buta huruf, buta matematik, buta Al-Quran dan buta Bahasa Inggeris.
  • Melahirkan murid berperibadi mulia dan mampu menyumbang kearah tuntutan alaf baru.
  • Merealisasikan konsep “Sekolahku Syurgaku”.

Piagam Pelanggan

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit Kepayang komited dan bertekad dalam usaha merealisasikan visi dan misi sekolah, kami akan memberi perkhidmatan berkualiti melalui budaya kerja cemerlang dan menepati kemahuan pelanggan berpandukan PKKP dan SKM Daerah Bera berdasarkan kepada piagam berikut :

  1. Memastikan semua murid mendapat pendidikan yang terbaik berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  2. Memastikan sekolah ini melahirkan murid yang cemerlang kurikulum dan kokurikulum.
  3. Memastikan sekolah ini melahirkan murid yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).
  4. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut jadual waktu.
  5. Memastikan semua murid adalah pelanggan tetap dan diberikan perhatian serta layanan yang sama.
  6. Memastikan murid diberikan latihan bertulis yang secukupnya dan disemak dalam masa tiga hari.
  7. Mempastikan murid yang kurang menguasai 3M mendapat bimbingan pemulihan.
  8. Mempastikan keselamatan, kebajikan dan keselesaan murid sentiasa diberi keutamaan.

GURU

  1. Mempastikan semua guru yang mula berkhidmat di sekolah ini mendapat gaji tidak lewat dari tiga bulan.
  2. Mempastikan semua guru diberi peluang memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar bagi meningkatkan ilmu pengajaran dan pembelajaran.
  3. Mempastikan kebajikan guru diberi perhatian dan merahsiakan maklumat guru kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
  4. Memberi peluang kepada semua guru mempraktikkan kemahiran mengikut kebolehan masing-masing.
  5. Mempastikan semua peralatan pengajaran yang diperlukan oleh guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran dapat disediakan sebelum sesi pengajaran bermula.

IBU BAPA / PENJAGA

  1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa / penjaga terhadap anak-anak mereka.
  2. Mempastikan ibu bapa / penjaga mendapat layanan mesra apabila berurusan dengan sekolah ini.
  3. Mempastikan semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa / penjaga adalah sulit dan perlu dirahsiakan kecuali kepada mereka yang berhak.
  4. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama dengan semua ibu bapa / penjaga dalam menyelesaikan masalah pembelajaran anak mereka.
  5. Sedia menerima pandangan yang membina bagi meningkatkan kualiti sekolah.
  6. Mengurus hal pertukaran murid serta rekod keluar / masuk murid kurang dari satu jam.

KAKITANGAN SOKONGAN

  1. Mempastikan kemudahan fizikal dan peralatan untuk menjalankan tugas mencukupi dan berkeadaan baik dan selamat.
  2. Mempastikan kebajikan kakitangan sokongan diberi perhatian.
  3. Mempastikan maklumat peribadi kakitangan adalah rahsia kecuali kepada mereka yang berhak.
  4. Mempastikan semua kakitangan sokongan berhubungan baik dan mesra dengan semua guru.
  5. Mempastikan kakitangan sokongan berpeluang menghadiri kursus, taklimat serta lawatan bagi meningkatkan tahap kecekapan.

PPD & JPN

  1. Mematuhi segala arahan dari PPD dan JPN.
  2. Menyediakan segala maklumat yang dikehendaki mengikut masa yang ditetapkan.