headerphoto

Selamat Datang

Selamat datang ke laman web Sekolah Kebangsaan LKTP Bukit Kepayang. Terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa untuk melayari laman web ini. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan yang berlaku kepada perisian atau perkakasan anda semasa melayari laman web ini

Lencana Sekolah

Merah membawa maksud keberanian dalam menghadapi cabaran
Biru membawa maksud kesungguhan dalam menuntut ilmu
Hijau membawa maksud kesopanan dalam pengajaran dan pembelajaran
Kuning membawa maksud hormat-menghormati di kalangan warga sekolah
Hitam dan Putih membawa maksud SK LKTP Bukit Kepayang terletak di dalam negeri Pahang

Perisai bermaksud mempertahankan maruah diri dan sekolah dari tercemar
Kelapa Sawit membawa maksud sekolah dikelilingi oleh kelapa sawit yang merupakan sumber ekonomi penduduk di sini, juga membawa maksud tidak lupa kepada asal-usul diri murid-murid
Tayar berbunga lima bermaksud kecintaan kepada Agama Islam dan lambang kesungguhan untuk menggapai ilmu
Ijazah membawa maksud matlamat yang mesti dicapai oleh setiap murid yang belajar di SK LKTP Bukit Kepayang
Bendera Negeri Pahang membawa maksud setiap murid mestilah sentiasa menghormati dan menyayangi negeri Pahang dan para pemimpinnya termasuk Sultan yang memerintah negeri Pahang ini

Cogankata Sabar, Tekun, Berjaya membawa maksud setiap usaha dan cabaran hendaklah dihadapi dengan sabar dan tekun menghadapi masalah yang mendatang, barulah kejayaan akan dapat dicapai

Lagu Sekolah

Kami murid SKBK bersama maju dan jaya
Ingin bekerjasama demi sekolah tercinta

Marilah teman semua berusaha tiap masa
Untuk masa hadapan kita bersama
Hidupkanlah bangsa kita

Bersama guru semua sama-sama berusaha
Semoga kita berjaya
Marilah teman semua berusaha tiap masa

Untuk masa hadapan kita bersama
Untuk masa hadapan kita bersama

Ikrar Guru

Bahawasanya kami, Guru Negara Malaysia, dengan ini berikrar :

  • Mendukung terus cita-cita kami terhadap tugas kami dan menyatakan keyakinan kami pada cita-cita murni pekerjaan kami
  • Kami sedia berbakti kepada masyarakat dan Negara kami
  • Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan Negara kami dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara pada setiap masa

Ikrar Murid

Bahawa kami, murid-murid SKBK berikrar dan berjanji dengan sepenuh daya dan usaha kami :

  • Akan belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh
  • Akan menjayakan kegiatan ko-kurikulum
  • Akan menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah
  • Dan akan mengamalkan sahsiah yang terpuji
  • Akan menjadi anak-anak yang pintar-soleh dan pintar-solehah
  • Cemerlang di dunia dan akhirat, INSYA-ALLAH