Make your own free website on Tripod.com
headerphoto

Rekreasi Minda

Setelah bersusah payah menyimpan duit bertahun-tahun, Sharif ke blik pameran Proton untuk menempah kereta idamannya - Proton Perdana.

Malang sungguh, selepas dikira, dikira dan dikira, wangnya kurang RM10. "Tunggu kejap.." katanya kepada jurujual. Sharif terus ke hulu dan ke hilir, mencari kalau-kalau ada sesiapa yang dikenalinya lalu di situ. Nasibnya baik, dia nampak Leman kawan sekampungnya.

"Man.. pinjam RM10, aku nak beli Proton Perdana tu!" kata Sharif. Leman memandang rakannya itu atas bawah, kemudian selamba berkata, "Nah, ambil RM20. Belikan aku satu!"

******

  Lelaki Malaysia : Bangunan di negara saya banyak yang tinggi-tinggi. Jika kita merenung ke bawah semasa berada di tingkat paling atas, kereta yang sedang bergerak nampak macam semut.
Lelaki India : Sana India, dia punya bangunan lagi tinggi. Itu bulan kalu mau pusing dunia, kena ikut lorong yang betul, kalau tak ia sangkut pada bumbung bangunan.
Lelaki Arab : Ana punya negeri dia punya bangunan lagi tinggi. Kalau seorang bayi jatuh dari tingkat paling atas, apabila dia mencecah bumi, umurnya sudah 72 tahun.

******

Seorang suami memberi hadiah kepada kedua-dua isterinya, masing-masing seutas kalung mutiara berwarna biru.

"Jangan perlihatkan barang ini kepada madumu, kerana pemberian ini adalah lambang cintaku yang sejati padamu," pesan si suami kepada isteri pertama, begitu juga pada isteri kedua keesokan harinya.

Pada suatu hari, secara kebetulan dua-dua isterinya marah-marah apabila si suami terlupa menunaikan janjinya. Maklumlah lelaki beristeri dua.

"Siapa sebenarnya di antara isteri abang yang paling abang cintai?" "Abang hanya mencintai isteri abang yang memakai kalung mutiara berwarna biru," kata si suami. Dua-duanya terdiam dan cukup yakin dirinyalah yang lebih disayangi suaminya.

******

Pada tengahari buta yang panas terik, seorang posmen datang menghantar surat. "Assalamualaikum!" Posmen beri salam. "Waalaikumsalam," jawab tuan rumah, seorang lelaki tua.

  Posmen : Ni rumah Encik Kardi bin Hitam ke? (soalnya sambil mengesat peluh di muka).
Tuan rumah : Ya, saya.
Posmen : Fuh... pening kepala saya cari rumah pak cik ni, jalan berbelit-belit.
Tuan rumah : Laa.... buat susah aja encik ni! Apasal tak poskan aja surat ni?

******

Seorang tok batin yang baru membeli motosikal Honda terserempak kawan baiknya masa dalam perjalaan pulang. Lalu tok batin pun tumpangkanlah kawannya itu. Dalam perjalanan, kawannya pelik sebab tok batin itu cuma gunakan gear satu sahaja. Naik bukit gear satu, turun bukit gear satu, jalan rata gear satu... sampai nak pecah enjin motosikal itu dikerjakannya.

Lalu bertanyalah kawannya itu, "Tok, kenapa tok cuma pakai gear shatu aja?" Jawab tok batin, "Takpa... kalau roshak shatu gear, ada dua lagi."

******

Seorang lelaki datang menemui Khoja Nasaruddin untuk meminjam keldai kesayangan sahabatnya itu. Bagaimanapun lelaki itu hampa apabila Khoja Nasaruddin mengatakan keldai tersebut hilang entah ke mana.

Semasa sedang berbual-bual tiba-tiba keldai yang berada di dalam kandang di belakang rumah Khoja Nasaruddin berbunyi, "Aaaaakkkkk............uuukkk! "Aaaaakkkkk............uuukkk!

"Eh, itu ada bunyi keldai. Tadi awak kata tak ada?" tanya lelaki tersebut hairan. "Cakap siapa yang engkau nak dengar ni? Aku ke keldai?" Khoja Nasaruddin mengherdik lelaki tersebut.

******

Abul Aina' adalah seorang yang sangat rapat dengan Khalifat al-Mutawakkil, beliau kadangkala suka loyar buruk. Suatu ketika dia tidak datang ke istana khalifah selama beberapa hari menyebabkan timbul perasaan pelik di hati al-Mutawakkil.

"Kenapa engkau lama tak datang ke sini, wahai Abul Aina'?" tanya Khalifah apabila lelaki tersebut muncul di istananya.
"Maaflah wahai Amirul Mukminin, aku tidak ada kenderaan untuk ke sini. Keldaiku dicuri orang," jawab Abul Aina'.
"Dicuri orang?" Khalifah tersentak. "Macam mana boleh dicuri orang?"
"Ampunkan aku," balas Abul Aina', "aku tidak bersama si pencuri, jadi aku tidak tahu macam mana caranya dia mencuri keldaiku itu."

******

Kelas geografi baru bermula. Cikgu Yunus yang garang dan misainya melintang menyuruh semua murid bangun. Mereka hanya boleh duduk selepas menjawab soalan dengan betul. Sampailah giliran Ismaon....

"Sekarang awak beritahu cikgu, kenapa awak kata bumi ni bulat?" Soal Cikgu Yunus sambil mengetuk-ngetuk rotan pada tapak tangan.
"Eh, saya tak ada cakap pun bumi ni bulat!" Jawab Ismaon ringkas

******

Semua anggota tentera di sebuah kem terkejut melihat Prebet Jim balik dari medan pertempuran. Manakan tidak, hanya dia seorang sahaja daripa anggota pasukannya yang terselamat sedangkan yang lain kira-kira 50 orang semuanya terkorban, termasuk ketua platun. Lebih mengejutkan lagi, dia langsung tidak cedera, kecuali calar-calar akibat terkena semak samun. Seorang jeneral menghampirinya.

  Jeneral : Tahniah (sambil menjabat tangan Prebet Jim). Tapi saya hairan, macam mana awak boleh selamat?
Prebet Jim : Saya buktikan kepada musuh, medan perang bukanlah tempat untuk si pengecut!
Jeneral : Wau! Macam mana tu?
Prebet Jim : Saya lari dengan sekuat-kuat hati..